Siri 1

Eco-Open  

7 hingga 16 tahun

1 Jun ( Ahad  ) hingga 3 Jun ( Selasa ) 2014

Pendaftaran Dibuka - Borang Pra Pendaftaran Eco Bootcamp

Siri 2

Eco-Kids

7 hingga 12 tahun

28 Nov ( Jumaat  ) hingga 30 Nov ( Ahad ) 2014

Pendaftaran Belum Dibuka

Siri 3

Eco-Teen

13 hingga 16 tahun

5 Dis ( Jumaat  ) hingga 7 Dis ( Ahad ) 2014

Pendaftaran Belum Dibuka

Siri 4

Eco-Open 

7 hingga 16 tahun

12 Dis ( Jumaat  ) hingga 14 Dis ( Ahad ) 2014

Pendaftaran Belum Dibuka

 

Setiap peserta dilindungi insuran kemalangan diri

Aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan umur peserta serta tidak merbahaya samada kepada 

   mental ataupun fizikal mereka.

Jurulatih akan senantiasa memastikan aspek keselamatan peserta senantiasa dititikberatkan.

Ibubapa / penjaga dikehendaki menghantar dan mengambil peserta.

  Bayaran Penyertaan :

RM350.00 / seorang

Tempat :     Impian Rimba Resort

                       Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsun

                       43100 Hulu Langat

                       Selangor

                       www.impianrimba.com

 

Peserta : Pelajar Sekolah Berumur 7 - 16 tahun

 

Penginapan : Dormitori

 

Makanan & minuman : 6x sehari

 

Lain-lain : Bahan kursus / sijil  / Hadiah / T-shirt

  UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI EN MOHD HARIS B HAIRUN PAEZI - 019 321 4190  
     

Sinopsis Eco Bootcamp

 

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang teristimewa berbanding dengan makhluk ciptaan lain. Sebagai khalifah Allah, manusia bertanggungjawab memakmurkan alam kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya melalui interaksi yang positif. Perhubungan manusia bukan hanya terbatas dengan Pencipta dan sesama manusia sahaja tetapi merangkumi perhubungan dengan alam. Oleh yang demikian, alam sekitar merupakan sebahagian daripada elemen-elemen yang penting yang perlu dipelihara oleh manusia sebagai satu khazanah yang amat berharga.

 

Memberi pendidikan awal kepada generasi muda tentang kepentingan alam sekitar adalah perlu untuk mendidik mereka supaya prihatin terhadap penjagaan alam sekitar. Mereka perlu dilatih secara tidak langsung untuk menguasai nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Ini kerana dengan adanya nilai-nilai murni ini, secara semulajadi ia akan memberi kesedaran pada mereka tanpa perlu dipesan dan diberitahu.

 

Program Eco Bootcamp merupakan gabungan kem motivasi dan kelestarian alam dimana para peserta diberi suntikan nilai-nilai murni dan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

 

Objektif Eco Bootcamp

 

1. Menjelas dan membimbing para peserta untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar ianya menjadi sebahagian dari karektor diri mereka.

2. Menterjemah dan menanamkan nilai kelestarian alam ke dalam diri peserta.

3.. Meningkatkan keyakinan diri dan suntukan motivasi ke dalam diri peserta.

 

Pengisian Eco Bootcamp

 

Program ini memberi tumpuan kepada pengisian berikut :

1. Membina jatidiri peserta dengan membentuk nilai-nilai murni ke dalam diri peserta.

2. Pengisian kerohanian melalui perkaitan tanggungjawab seorang khalifah untuk memakmurkan mukabumi.

3. Membina keyakinan diri peserta melalui aktiviti-aktiviti luaran seperti Eco-Jungle Trekking

4. Mendidik peserta tentang amalan kelestarian alam melalui perlindungan, pembaikan semula dan pemuliharaan alam sekitar.

5. Mendidik peserta tentang amalan kitar semula dan kepentingan kitar semula.

 

 Hari Pertama Eco Bootcamp

 

  3.00 pm - 5.00 pm Pendaftaran / Tayangan Video
  5.00 pm - 6.30 pm

Taklimat Kem /  Eco-Icebreaking

  6.30 pm - 7.00 pm Makan Malam
  7.00 pm - 8.30 pm Solat
  8.30 pm - 10.30 pm Sesi 1 : Eco-Lestari
  10.30 pm - 11.00 pm Minum malam
  11.00 pm Meneroka Ke Alam Fantasi

 

 

 

Hari Kedua Eco Bootcamp

 

  6.00 am - 7.00 am

Solat

  7.00 am - 8.00 am Senaman Pagi
  8.00 am - 8.30 am Sarapan Pagi
  8.30 am - 10.30 am Sesi 2 : Eco-Recycle
  10.30 am - 11.00 am Minum Pagi
  11.00 am - 1.00 pm Sesi 3 : Eco-Jungle Trekking
  1.00 pm - 2.30 pm Makan Tengahari / Solat
  2.30 pm - 4.30 pm Sesi 4 : Eco-Xplorerace
  4.30 pm - 5.00 pm Minum Petang / Solat
  5.00 pm - 6.30 pm Sesi 5 : Eco-Challenge
  6.30 pm - 8.00 pm Khidmat Diri / Solat
  8.00 pm - 8.30 pm Makan Malam / Solat
  8.30 pm - 10.30 pm Sesi 6 : Eco-Teenwork
  10.30 pm - 11.00 pm Minum malam
  11.00 pm Meneroka Ke Alam Fantasi

 

Hari ketiga Eco Bootcamp

 

  6.00 am - 7.00 am

Solat

  7.00 am - 8.00 am Senaman Pagi
  8.00 am - 8.30 am Sarapan Pagi
  8.30 am - 10.30 am Sesi 7 : Watersports
  10.30 am - 11.00 am Minum Pagi
  11.00 am - 1.00 pm Majlis Penutup / Makan Tengahari
  1.00 pm Sayonara

 

 

 

SERTAI KAMI SEKARANG, KAMI AKAN BERUSAHA UNTUK MENCETUSKAN SESUATU KEARAH PERUBAHAN DIRI ANDA, ANAK ANDA.

 

TEMPAT HANYA TERHAD KEPADA 40 ORANG PESERTA SAHAJA ( EKSKLUSIF ).

 

SENTIASA BERDOA SEMOGA ALLAH MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAHNYA.

 

MARI BERSAMA MEMBENTUK KAREKTOR BANGSA YANG BERJAYA.

 

 

Prosedur Penyertaan Eco Bootcamp

 

PERTAMA

Isi borang pra-pendaftaran. klik disini untuk Borang Pra Pendaftaran Eco Bootcamp

 

KEDUA

Anda akan menerima maklumbalas melalui SMS apabila borang pra-pendaftaran telah kami terima.

 

KETIGA

Buat bayaran ke akaun Bank Syarikat atau akaun peribadi pemilik Syarikat

AMBANK 092-202-200006-9 MINDVISION TRAINING & SERVICES

MAYBANK 164856010749 MOHD HARIS B HAIRUN PAEZI

Sila SMS butir pembayaran ( tarikh/masa/nilai RM ) serta nama peserta ke 019-3214190

KEEMPAT

Anda akan menerima maklumbalas pengesahan pendaftaran melalui SMS dan maklumat berkaitan akan di emailkan kepada anda.

 

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

 

En. Mohd Haris b. Hairun Paezi ( Perunding Latihan )

019-3214190 atau 016-2501502

 

MINDVISION TRAINING & SERVICES

NO. 8, LORONG MURAI 7

TAMAN SELESA, 14300 NIBONG TEBAL

SEBERANG PRAI SELATAN

TEL : 05-7174190

WWW.MINDVISION.COM.MY